Wednesday, November 19, 2014

MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN



Memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berbeza. Memaafkan merupakan pekara yang senang tetapi tidak seperti melupakan. Ucapan maaf mudah terlafaz. Memaafkan memang senang semudah ucapan "aku minta maaf" tetapi sukar bagi insan yang disakiti (termasuk diri ini) melupakan apa yang telah dilakukan. Tambahan pula kesalahan tersebut dikategorikan agak berat dan sangat mengores hati dan perasaan. Ianya bergantung kepada tahap penerimaan seseorang mengenai kesalahan tersebut.


"Sedangkan Nabi ampunkan/maafkan umatnya, inikan pula kita sesama manusia" Manusia manakah yang begitu sempurna hingga tidak layak memberikan kemaafan ? Memang diakui sifat pemaaf adalah sifat terpuji. Tetapi jauh disudut hati yang paling dalam dan juga minda yang paling hujung, kesalahan tersebut sukar dilupakan. Selagi hayat dikandung badan, setiap kata-kata tersebut akan diigati dan selagi tidak hilang ingatan selagi itulah perkara tersebut akan tersimpan kemas di kotak ingatan. 


Bagaimana untuk belajar memaafkan dan melupakan ???



  • Memberi Peluang Untuk Meminta Maaf
Walaupun anda sedang marah dan tidak mahu berdepan dengan orang yang menyakiti hati anda, berilah peluang kepada orang yang menganiaya anda peluang untuk meminta maaf. Dengar dahulu permohonan maafnya walaupun anda belum bersedia untuk memaafkannya. Mungkin bila tiba masanya hati anda sudah kembali sejuk dan tenang, anda akan menerima permohonan maaf tersebut :)



  • Mendengar Penjelasan
Walaupun hati tengah sakit, cubalah beri peluang kepada orang yang menganiayai anda itu menjelaskan apa yang berlaku. Cuba dengar apa penjelasannya. Dengan mendengar penjelasan itu, sedikit sebanyak ianya dapat membantu menyelesaikan salah faham yang berlaku diantara anda berdua.Tanya soalan berkaitan dan fahami punca masalah tersebut, secara tidak langsung kesakitan anda berjaya dikurangkan walaupun hanya sedikit. Hal ini juga akan membantu anda untuk menerima permohonan maaf tersebut.



  • Semua Orang Pernah Buat Silap
Ingat ! Semua orang pernah buat silap termasuklah diri sendiri. Tidak ada seorang pun yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Cuba letakkan diri anda dan situasi orang yang berbuat silap tersebut dan tanya pada diri sendiri jika anda yang buat silap adakah anda mahu orang lain juga memaafkan anda ? Secara tidak langsung ini akan membantu anda menerima permohonana maaf tersebut dan kembali berbaik semula.



  • Ambil Masa Anda / Take Your Time
Kemaafan atau keampunan bukanlah satu perkara yang mudah seperti melafazkan ucapan "saya minta maaf" apatah lagi jika kesannya memberikan luka yang amat mendalam. Salah satu cara terbaik adalah beritahu orang yang menganiayai anda itu bahawa anda menerima permohonan maafnya tetapi anda memerlukan masa untu melupakan apa yang telah berlaku :')



p/s : Easy to forgive but hard to forget :')







Monday, November 17, 2014

HOW TO SURVIVE A BREAK UP ?



Whether you like or not, you have to realize that everybody breaks up sometime. Cinta yang dibina putus ditengah jalan. Benda bila melibatkan soal hati dan perasaan bukanlah bahan lawak okay. Masing-masing ada sebab tersendiri untuk end the relationship. Paling kejam, bila break up without any notice or specific reasons. Hoiii ! Gila tak sakit, suddenly tiada lagi cinta untukku ... *sigh*


Takpe, biarkan kepergiannya dan itu bukanlah titik noktah kehidupan sebab satu hari nanti pasti kita akan berterima kasih kepadanya. Hidup mesti diteruskan. Never regret anything that has happened in your life because it cannot be changed, undone or forgotten. So, take it as lesson learned and move on. Here are some following steps you can take on how to survive a break up with grace and dignity



  • Cry and Feel Your Feelings
Menangislah sepuas hati sampai banjir sekampung pun takpe, dan ini adalah terapi yang baik untuk diri sendiri. Eventhough tears does not help you overcome the pain, but it may help you to express the way of sadness. Cukuplah untuk sehari dua hari, tak perlu lama-lama macam Kassim Selamat. Not worth it ! Kasihanilah mata kau sebab terlampau bekerja keras T_T


  • Find A Shoulder To Cry
Jangan pura-pura kuat untuk tempuhi hari-hari yang mendatang, seorang diri. Haa, masa inilah baru sedar diri yang kawan-kawan sangat diperlukan. Find one friend and luahkan padanya apa yang terbuku dihati. Walaupun kesakitan itu tak dapat dihapuskan sekurang-kurangnya akan rasa sedikit lega bila your bestfriend keep motivated you. Make sure, after that jangan dikenang lagi kisah sedih itu. 


  • Box Up All The Things 
Wake up and move on. Mungkin jiwa masih rapuh tak sampai hati nak buang semua benda sewaktu mencipta kenangan manis, it's okay. Bungkus elok-elok dan simpan dalam stor. Dah sampai masanya nanti baru buang ke bakar ke ikut suka hati kau lah nak buat apa pun. This will prevent you from going back and obsessing over the things. Please try to forget all of the memories that reminds you of him. 


  • Cut Off All Contact 
Hati kena kental dan kuat bila bekas kekasih call, sms or contact through others social media, please ignore him/her ! This will help you the healing process because you won’t be talking to him/her. Bukan kejam tapi biarlah kau betul-betul yakin dengan diri sendiri yang kau memang dah takda sebarang perasaan padanya. Lepas tu, it's up to you whether nak contact atau tak.


  • Hangout and Change Routine
Dulu setiap masa sms, on the phone and dating. Sekarang tukar rutin dengan have some fun with all of your friends. Kalau dulu nak lepak dengan kawan tapi terbatas, now let's do it all over again. Cover balik masa-masa yang telah berlalu sebab kau sendiri yang reject mentah-mentah bila kawan ajak lepak, dengan alasan boyfriend tak benarkan. *buruk perangai*


  • Turn To HIM
Kadang-kadang setiap yang berlaku ada hikmahNYA. Cuma kita sebagai hambaNYA tak pernah sedar diri dan selalu sangat alpa. Bila ditimpa musibah, baru kau akan ingat Tuhan dan kembali sujud padaNYA. Tadah tangan berdoa siang dan malam. Allah won’t test you beyond your capabilities, and every time He tests you, He is only making you stronger. He wants you to realize your potential. 


  • Give It One More Try For The Sake Of Love
Satu masa nanti, berilah peluang kepada diri sendiri untuk dicintai dan mencintai. Jangan abaikan keperluan hati hanya kerana satu kegagalan, kau terus tutup pintu kebahagian yang menanti. Remember ? All trials are not a reason to give up but a challenge to improve yourself. All of your pain are not an excuse to closed your heart, but an inspiration to move on. 







Thursday, November 6, 2014

1ST SEGMEN BLOGWALKING BERSAMA-SAMA BY KHAIRUNNISA HASSAN




Tarikh tutup penyertaan : 1 Disember 2014




1ST SEGMEN BLOGWALKING BY BUDAK KILABRET



KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)




SEGMEN : NAK JOIN BLOGLIST MISYA 2015




Segmen oleh, Aimi Syahirah
Tarikh tutup penyertaan : 25 Disember 2014
15 - 20 orang blogger bertuah akan dipilih melalui random.org.
Berminat untuk join, klik Segmen : Nak Join Bloglist Misya 2015.






SEGMEN BLOGWALKING BY IJ #1




KLIK BANNER UNTUK JOIN

Blogger bertuah akan dipilih melalui random.org):
- Pemenang pertama x Topup RM20
- Pemenang kedua & ketiga x Topup RM10


Siapa yang berminat, jemputlah join sekali :)






Wednesday, November 5, 2014

PHEWIT ! NAK JOIN BLOGLIST AREPNAKBEBEL.COM (2015) - SEASON 2





Jom ramai-ramai meriahkan segmen daripada Luqman Zakaria.






Tuesday, November 4, 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE



Resepi Spaghetti Bolognese paling mudah, senang dan jimat. Ini style akulah. Lain orang lain dia punya masak spaghetti. Aku just guna bahan yang memang dah sedia ada dalam peti ais. Maksudnya tak cukup bahanlah. Haish ! Maka beginilah hasilnya. Asal boleh, asal sedap aku telan jelah. Kekdahnya, masuk dalam perut kenyang jugak. Alhamdulillah. Burppp *senonoh sikit* HAHA


Bahan yang diperlukan :
  • Spaghetti
  • Sos tomato Kimball
  • Bawang besar dicincang halus
  • Tomato dipotong dadu
  • Sepaket daging hancur
  • Garam secukup rasa




Cara- Cara Membuat :


1. Rebuskan spaghetti hingga kembang dan empuk. Masukkan sedikit minyak masak. Fungsinya adalah supaya spaghetti tu tak melekat erat antara satu sama lain. Faham ? Angkat dan toskan airnya. Ketepikan buat sementara waktu sebab nak fokus kepada kuah pulak.

2. Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan bawang besar hingga masak layu. Biar bau harum semerbak satu kampung takpe. Baru orang tahu dapur kau berasap -.-" Kemudian masukkan daging hancur dan tuangkan sos tomato Kimball.

3. Lepas tu, masukkan air mengikut kesesuaian kuah spaghetti. Pepandailah adjust disitu ek. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Gaul rata dan masak hingga mendidih. Masukkan juga tomato yang telah dipotong dadu bersama-sama dengan garam secukup rasa. Adjust sampai sedap okay, lepas tu baru hidangkan.


 Okay siap ! Bismillah ...


Bila terlebih rajin, beginilah decoration spaghetti bolognese rupanya. LOL :D


Okay lah, nak pi sambung makan spaghetti bolognese untuk second round dan third round maybe. Jemputlah yer pada yang nak cuba resipi spaghetti bolognese nih. Till then, okay bye !






Monday, November 3, 2014

CHEESEKUT ALMOND FLAKES



Resipi Cheesekut Almond Flakes. Nama kemain meletop. HAHA. Asalnya cheesecake tapi sebab guna biskut, maka terciptalah namanya cheesekut. Sebab favorite aku, cheesecake, ini adalah antara esipi cheesekut paling senang nak buat sebab tak perlukan oven dan tak payah bakar. Yang penting, mesti ada peti ais. Dan resipi cheesekut nih aku dah derhakakan sikit lepas tu, alter ikut selera aku. hehe


Bahan yang diperlukan :

  • Biskut cream crackers (bergantung pada selera memasing)
  • Cream cheese (any brand, say guna Tatura)
  • Susu pekat manis
  • Susu segar
  • Almond flakes
  • Mixed color strands



Cara-Cara Membuat :

1. Pukul creamcheese menggunakan kayu besbol mixer hingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Jangan guna blender yang kau blend bawang cili segala nanti takde sape nak makan cheesekut kau sebab pedas.

2. Kemudian, masukkan 3 atau 4 sudu besar susu segar (sikit sahaja) serta susu pekat sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati dan nampak creamy yummy. Lupa pulak nak bagitau, kalau suka manis, boleh tuang satu tin terus. Hujung bulan kena potong kaki, jangan salahkan aku. Padan muka kenapa suka sangat makan manis. 

3. Lepas tu, celupkan (bukan rendam) sekeping biskut cream crackers ke dalam lebihan susu segar dan susun cecantik dalam bekas. Tuangkan adunan cream cheese diatas susunan kepingan biskut cream crakcers dan ratakan. Taburkan almond flakes dan ulang kembali step menyusun biskut cream crackers sampailah habis kau punya adunan creamcheese tu. 

4. Lapisan paling atas sekali adalah adunan cream cheese bukan biskut cream cracker okay. Lapisan cream cheeseeee *ulang suara* Taburkan almond flakes, kuaci, badam cincang dan mixer color strands. Lagi banyak lagi heaven. Cadangan lain, bolehlah taburkan nestum, serbuk milo, oreo dan sebagainya. Pepandailah disitu ek.

5. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan. Anggaran masa lebih kurang semalaman. Better buat cheesekut waktu malam, bangun pepapgi dah boleh makan :)


Yay or nay ? *kenyit-kenyit mata*


 Mempersembahkan ... my cheesekut belemoih cheese leleh ;D


Maafkan daku bila potongan cheesekut kurang berseni dan presenting agak fail disitu. Tapi takpe, yang penting rasanya sedap dan lemak berkrim. Lepas ni boleh buat lagi sebab tak guna banyak bahan pun dan yang penting senang nak cari. Sapa rasa boring asyik makan biskut cream crackers cicah air milo panas, patut cuba resipi cheesekut almond flakes aku nih. Selamat mencuba bagi yang nak cuba ;)






Saturday, November 1, 2014

KUIH BUAH MELAKA



Beberapa tahun terdahulu (eh, lamanya), arwah tok memang rajin buat kuih buah melaka. Memandangkan aku dibesarkan oleh arwah tok, wajiblah menyibuk di ceruk dapur tengok tok memasak, walaupun masa tu aku baru 7 tahun hanya pandai makan tapi takpe sekurang-kurang aku tengok macam mana cara untuk buat kuih buah melaka.


Daripada kecik lagi memang aku suka sangat makan buah melaka. Memang wajib (guna perkataan ini untuk menunjukkan bertapa seriousnya aku) sangatlah tahu benda apa yang patut guna untuk buah kuih buah melaka atau nama lainnya, Onde-Onde. Rugilah kalau dipersiakan apa yang telah diamati (lagi sekali untuk nampak lebih serious) sewaktu kecil. LOL :D


Okay, dah. Meh laa kita belajar cemana nak buat kuih buah melaka ni ...


Bahan Yang Diperlukan :
  • Tepung pulut ikut citarasa memasing nak guna brand apa pun asalkan namanya "tepung pulut". Faham ???
  • Gula gerek/melaka dipotong dadu. Tak terlampau kecik dan tak jugak terlampau besar. Aku guna seketul pun dah cukup.
  • DIY jus pandan. Nak guna pewarna pun boleh tapi aku lagi suka guna jus pandan sebab wangiii sangat dan tampak original warnanya. 
  • Kelapa parut untuk final touch up. Jangan lupa masukkan sedikit garam ke dalam isi kandungan kelapa parut itu. 



Cara-Cara Membuat :

1. Masukkan 2 cawan (atau lebih) tepung pulut dan jus pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan dan uli hingga sebati seperti doh. Bentukkan bulat-bulat macam bebola ikan lepas tu masukkan ketulan dadu gula gerek/melaka kedalamnya. Bulatkan kembali dan ulang perkara yang sama hingga kau punya adunan tue habis.

2. Didihkan air didalam periuk lepas tue masukkan bebola kuih melaka yang dibulatkan tadi ke dalamnya. Cemana nak tau ketulan kuih buah melaka dah masak ? Kau tunggu dia timbul tue maknanya dah masak letew. Angkat dan toskan air rebusan tersebut.

3. Step terakhir, gaulkan bebola kuih melaka dengan taburan kelapa parut. Gaul dan gaul lagi. Biar kelapa parut memenuhi keliling bebola kuih melaka.


Nikmatnyaaa. Nyamnyam :)


4. Okay, siap. Dah boleh makan. Bila tengok kuih buah melaka bergelimpangan macam ni, terus teringat arwah tok :'( sobsobsob ... Nikmati setiap cairan gula gerek/melaka didalam mulut sebelum tertelan ke halkum. Sangat senang untuk buat bendalah ni dan yang penting tak guna banyak bahan pun. Dah laa, nak sambung telan buah melaka. Selamat mencuba :)


Maklumat Tambahan :
Tiada had sukatan yang terperinci. Sendirian berhad punya sukatan. Aplikasikan hipotesis yang telah dipelajari "semakin bertambah sukatan doh kuih buah melaka, semakin bertambah jumlah kuih buah n,melaka yang diperolehi" Sekian ;)






 
Copyright Miza Yusof - All rights reserved.