Wednesday, November 19, 2014

MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN



Memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berbeza. Memaafkan merupakan pekara yang senang tetapi tidak seperti melupakan. Ucapan maaf mudah terlafaz. Memaafkan memang senang semudah ucapan "aku minta maaf" tetapi sukar bagi insan yang disakiti (termasuk diri ini) melupakan apa yang telah dilakukan. Tambahan pula kesalahan tersebut dikategorikan agak berat dan sangat mengores hati dan perasaan. Ianya bergantung kepada tahap penerimaan seseorang mengenai kesalahan tersebut.


"Sedangkan Nabi ampunkan/maafkan umatnya, inikan pula kita sesama manusia" Manusia manakah yang begitu sempurna hingga tidak layak memberikan kemaafan ? Memang diakui sifat pemaaf adalah sifat terpuji. Tetapi jauh disudut hati yang paling dalam dan juga minda yang paling hujung, kesalahan tersebut sukar dilupakan. Selagi hayat dikandung badan, setiap kata-kata tersebut akan diigati dan selagi tidak hilang ingatan selagi itulah perkara tersebut akan tersimpan kemas di kotak ingatan. 


Bagaimana untuk belajar memaafkan dan melupakan ???



  • Memberi Peluang Untuk Meminta Maaf
Walaupun anda sedang marah dan tidak mahu berdepan dengan orang yang menyakiti hati anda, berilah peluang kepada orang yang menganiaya anda peluang untuk meminta maaf. Dengar dahulu permohonan maafnya walaupun anda belum bersedia untuk memaafkannya. Mungkin bila tiba masanya hati anda sudah kembali sejuk dan tenang, anda akan menerima permohonan maaf tersebut :)



  • Mendengar Penjelasan
Walaupun hati tengah sakit, cubalah beri peluang kepada orang yang menganiayai anda itu menjelaskan apa yang berlaku. Cuba dengar apa penjelasannya. Dengan mendengar penjelasan itu, sedikit sebanyak ianya dapat membantu menyelesaikan salah faham yang berlaku diantara anda berdua.Tanya soalan berkaitan dan fahami punca masalah tersebut, secara tidak langsung kesakitan anda berjaya dikurangkan walaupun hanya sedikit. Hal ini juga akan membantu anda untuk menerima permohonan maaf tersebut.



  • Semua Orang Pernah Buat Silap
Ingat ! Semua orang pernah buat silap termasuklah diri sendiri. Tidak ada seorang pun yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Cuba letakkan diri anda dan situasi orang yang berbuat silap tersebut dan tanya pada diri sendiri jika anda yang buat silap adakah anda mahu orang lain juga memaafkan anda ? Secara tidak langsung ini akan membantu anda menerima permohonana maaf tersebut dan kembali berbaik semula.



  • Ambil Masa Anda / Take Your Time
Kemaafan atau keampunan bukanlah satu perkara yang mudah seperti melafazkan ucapan "saya minta maaf" apatah lagi jika kesannya memberikan luka yang amat mendalam. Salah satu cara terbaik adalah beritahu orang yang menganiayai anda itu bahawa anda menerima permohonan maafnya tetapi anda memerlukan masa untu melupakan apa yang telah berlaku :')



p/s : Easy to forgive but hard to forget :')



1 comment:

  1. boleh maap tapi susah nak lupa.kepercayaan dan hubungan yang retak tak sama macam yang dulu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dan komen ◕‿◕





 
Copyright Miza Yusof - All rights reserved.