Wednesday, November 19, 2014

MEMAAFKAN DAN MELUPAKAN



Memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berbeza. Memaafkan merupakan pekara yang senang tetapi tidak seperti melupakan. Ucapan maaf mudah terlafaz. Memaafkan memang senang semudah ucapan "aku minta maaf" tetapi sukar bagi insan yang disakiti (termasuk diri ini) melupakan apa yang telah dilakukan. Tambahan pula kesalahan tersebut dikategorikan agak berat dan sangat mengores hati dan perasaan. Ianya bergantung kepada tahap penerimaan seseorang mengenai kesalahan tersebut.


"Sedangkan Nabi ampunkan/maafkan umatnya, inikan pula kita sesama manusia" Manusia manakah yang begitu sempurna hingga tidak layak memberikan kemaafan ? Memang diakui sifat pemaaf adalah sifat terpuji. Tetapi jauh disudut hati yang paling dalam dan juga minda yang paling hujung, kesalahan tersebut sukar dilupakan. Selagi hayat dikandung badan, setiap kata-kata tersebut akan diigati dan selagi tidak hilang ingatan selagi itulah perkara tersebut akan tersimpan kemas di kotak ingatan. 


Bagaimana untuk belajar memaafkan dan melupakan ???



  • Memberi Peluang Untuk Meminta Maaf
Walaupun anda sedang marah dan tidak mahu berdepan dengan orang yang menyakiti hati anda, berilah peluang kepada orang yang menganiaya anda peluang untuk meminta maaf. Dengar dahulu permohonan maafnya walaupun anda belum bersedia untuk memaafkannya. Mungkin bila tiba masanya hati anda sudah kembali sejuk dan tenang, anda akan menerima permohonan maaf tersebut :)



  • Mendengar Penjelasan
Walaupun hati tengah sakit, cubalah beri peluang kepada orang yang menganiayai anda itu menjelaskan apa yang berlaku. Cuba dengar apa penjelasannya. Dengan mendengar penjelasan itu, sedikit sebanyak ianya dapat membantu menyelesaikan salah faham yang berlaku diantara anda berdua.Tanya soalan berkaitan dan fahami punca masalah tersebut, secara tidak langsung kesakitan anda berjaya dikurangkan walaupun hanya sedikit. Hal ini juga akan membantu anda untuk menerima permohonan maaf tersebut.



  • Semua Orang Pernah Buat Silap
Ingat ! Semua orang pernah buat silap termasuklah diri sendiri. Tidak ada seorang pun yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Cuba letakkan diri anda dan situasi orang yang berbuat silap tersebut dan tanya pada diri sendiri jika anda yang buat silap adakah anda mahu orang lain juga memaafkan anda ? Secara tidak langsung ini akan membantu anda menerima permohonana maaf tersebut dan kembali berbaik semula.



  • Ambil Masa Anda / Take Your Time
Kemaafan atau keampunan bukanlah satu perkara yang mudah seperti melafazkan ucapan "saya minta maaf" apatah lagi jika kesannya memberikan luka yang amat mendalam. Salah satu cara terbaik adalah beritahu orang yang menganiayai anda itu bahawa anda menerima permohonan maafnya tetapi anda memerlukan masa untu melupakan apa yang telah berlaku :')



p/s : Easy to forgive but hard to forget :')







Monday, November 17, 2014

HOW TO SURVIVE A BREAK UP ?



Whether you like or not, you have to realize that everybody breaks up sometime. Cinta yang dibina putus ditengah jalan. Benda bila melibatkan soal hati dan perasaan bukanlah bahan lawak okay. Masing-masing ada sebab tersendiri untuk end the relationship. Paling kejam, bila break up without any notice or specific reasons. Hoiii ! Gila tak sakit, suddenly tiada lagi cinta untukku ... *sigh*


Takpe, biarkan kepergiannya dan itu bukanlah titik noktah kehidupan sebab satu hari nanti pasti kita akan berterima kasih kepadanya. Hidup mesti diteruskan. Never regret anything that has happened in your life because it cannot be changed, undone or forgotten. So, take it as lesson learned and move on. Here are some following steps you can take on how to survive a break up with grace and dignity



  • Cry and Feel Your Feelings
Menangislah sepuas hati sampai banjir sekampung pun takpe, dan ini adalah terapi yang baik untuk diri sendiri. Eventhough tears does not help you overcome the pain, but it may help you to express the way of sadness. Cukuplah untuk sehari dua hari, tak perlu lama-lama macam Kassim Selamat. Not worth it ! Kasihanilah mata kau sebab terlampau bekerja keras T_T


  • Find A Shoulder To Cry
Jangan pura-pura kuat untuk tempuhi hari-hari yang mendatang, seorang diri. Haa, masa inilah baru sedar diri yang kawan-kawan sangat diperlukan. Find one friend and luahkan padanya apa yang terbuku dihati. Walaupun kesakitan itu tak dapat dihapuskan sekurang-kurangnya akan rasa sedikit lega bila your bestfriend keep motivated you. Make sure, after that jangan dikenang lagi kisah sedih itu. 


  • Box Up All The Things 
Wake up and move on. Mungkin jiwa masih rapuh tak sampai hati nak buang semua benda sewaktu mencipta kenangan manis, it's okay. Bungkus elok-elok dan simpan dalam stor. Dah sampai masanya nanti baru buang ke bakar ke ikut suka hati kau lah nak buat apa pun. This will prevent you from going back and obsessing over the things. Please try to forget all of the memories that reminds you of him. 


  • Cut Off All Contact 
Hati kena kental dan kuat bila bekas kekasih call, sms or contact through others social media, please ignore him/her ! This will help you the healing process because you won’t be talking to him/her. Bukan kejam tapi biarlah kau betul-betul yakin dengan diri sendiri yang kau memang dah takda sebarang perasaan padanya. Lepas tu, it's up to you whether nak contact atau tak.


  • Hangout and Change Routine
Dulu setiap masa sms, on the phone and dating. Sekarang tukar rutin dengan have some fun with all of your friends. Kalau dulu nak lepak dengan kawan tapi terbatas, now let's do it all over again. Cover balik masa-masa yang telah berlalu sebab kau sendiri yang reject mentah-mentah bila kawan ajak lepak, dengan alasan boyfriend tak benarkan. *buruk perangai*


  • Turn To HIM
Kadang-kadang setiap yang berlaku ada hikmahNYA. Cuma kita sebagai hambaNYA tak pernah sedar diri dan selalu sangat alpa. Bila ditimpa musibah, baru kau akan ingat Tuhan dan kembali sujud padaNYA. Tadah tangan berdoa siang dan malam. Allah won’t test you beyond your capabilities, and every time He tests you, He is only making you stronger. He wants you to realize your potential. 


  • Give It One More Try For The Sake Of Love
Satu masa nanti, berilah peluang kepada diri sendiri untuk dicintai dan mencintai. Jangan abaikan keperluan hati hanya kerana satu kegagalan, kau terus tutup pintu kebahagian yang menanti. Remember ? All trials are not a reason to give up but a challenge to improve yourself. All of your pain are not an excuse to closed your heart, but an inspiration to move on. 







 
Copyright Miza Yusof - All rights reserved.