Friday, October 31, 2014

ROTI GULUNG JEJARI KETAM BERKEJU



Amboiii ! Nama kemain panjang haa ...


Keju oh keju. Siapa tak suka keju ? Seorang perempuan yang bernama Miza Yusof, apa saja makanan yang bertemakan keju bagi aku semuanya sedap. *keputusan muktamad* Hari tu buat roti gulung sosejkali ni buat roti gulung jejari ketam berkeju pulak. *Ketap bibir* Sebab terbayangkan cairan keju didalam mula. Melting weh. LOL :D


Apa Yang Diperlukan :
  • Roti Gardenia atau apa-apa saja jenama roti kesukaan.
  • Jejari Ketam/Crab Finger/Crab Sticks
  • Cheese. Sepatutnya guna cheese yang keping-keping tu, tapi aku guna Mozarella Cheese.
  • Sebiji telur dan ambil putihnya sahaja. Yang kuning ketepikan.
  • Breadcumbs (serbuk roti)




Cara-Cara Membuat ;

1. Rebus/Celur jejari ketam didalam air yang mendidih. Tak payah lelama. Angkat dan toskan air rebusan.

2. Lenyekkan kepingan roti menggunakan rolling pin, lenyek biar sehabis nipis yang boleh. Kulit tepi roti tu ikut citarasa memasing lah kan nak buang ataupun tak. Aku tak buang pun.

3. Bentangkan (ini pun boleh) roti dan letakkan kepingan jejari ketam bersama-sama sedikit/sebanyak cheese yang kau mahu. Untuk cheese yang keping tu, letak sekeping dah cukup. Jika inginkan efek yang pedas, boleh tambahkan sedikit lada (optional). Lepas tu, bungkus/balut/gulungkan roti tersebut biar nampak kemas. Masa ni lah nak tunjuk kehebatan tangan seni yang dimiliki. Penghujung gulungan tersebut, gamkan dengan putih telur. Yaa, putih telur bertindak sebagai gam dalam episod masak-masak kali ini. Ulang langkah yang sama untuk roti yang seterusnya.

4. Bila roti dah siap digulungkan, ambil sebiji telur dan pukul sedikit. Tak payah terlalu kembang. Celupkan gulungan roti tersebut ke dalam telur, kemudian campakkan ke dalam taburan breadcumbs (serbuk roti). Balik-balikkan hingga breadcumbs memenuhi segenap pelusuk roti. Okay, siap.

5. Kemudian, gorengkan roti-roti gulung itu tadi didalam kuali dan pastikan minyak betul-betul panas. Gunakan api yang sederhana. Tak payah lelama, kejap pun dah okay. Angkat dan toskan. Sila beri sepenuh perhatian dan tumpuan semasa menggoreng. Percayalah, kalau kau tak nak roti kau rentung. *ketegasan maksima*




6. Dah siap, boleh dimakan camtu saja ataupun cicah dengan sos kegemaran. Aku suka cicah dengans sos cili, mayonaise ataupun sos thousand island, memang best weh. Salah satu resipi yang aku rasa sangat mudah dan paling senang nak buat. Epiknya bergantung kepada tahap kerajinan memasing lah kan. 


Maklumat Tambahan :
Siapa hantu cheese, better jangan guna cheese tabur sebab dia tak berapa nak melting sangat. Sepaket jejari ketam ada 16 keping, aku guna 8 keping sahaja. So, dapatlah 8 keping roti gulung jejari ketam yang rangup dan sedap. Selamat mencuba ;)






Thursday, October 30, 2014

MURTABAK MAGGI



Asyik makan murtabak ayam murtabak dan murtabak daging (my favorite), let's try murtabak Maggi pulak. Biarpun dah berzaman, it's okay better late than never. Resipi yang senang, wajib dicuba. Istilah malas tolak tepi sekejap, kebahagiaan perut menjadi keutamaan. Tunggu apa lagi, mari cuba. Sebab ia memang ringkas dan senang. 


Bahan Yang Diperlukan :
  • 4 biji telur ayam dibasuh
  • Seulas bawang besar dipotong kecil
  • Sepokok daun bawang dirincik
  • Sepokok daun sup dirincik
  • 4 ketul jejari ketam/crab stick dipotong kecil dan dicelur
  • Sebiji carrot diparut
  • 2 bungkus mee segera Maggie perencah kari
  • Aji Shio Flavoured Pepper *optional*




Cara-Cara Membuatnya ;

1. Rebus mee Maggi hingga separa kembang. Tak payah kembang sangat, angkat dan toskan air rebusan. Ketepikan buat sementara waktu.

2. Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk dan pukul bersama-sama dengan perencah kari mee Maggi. Pukul dan kacau hingga kedua-duanya sebatian tersebut larut antara satu sama lain.

3. Masukkan mee segera yang telah direbus tadi, lepas tu masukkan kesemua bahan yang lain (bawang besar, daun sup, daun bawang, jejari ketam dan carrot) dan gaulkan hingga rata. Gaul, gaul dan gaul lagi biar kesemua bahan-bahan tersebut bersatu.

4. Panaskan fry pan (kuali pun boleh) dengan sedikit minyak. Bila dah betul-betul panas, baru masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi. Gunakan api yang sederhana. Kemudian balik-balikkan supaya kedua-dua belah permukaan murtabak itu masak antara satu sama lain. Jika terlalu tebal, sila tekan-tekankan takut masih ada lelehan telur yang masih belum masak. Boleh juga dicucuk dengan lidi sate. Jika kurang masin, boleh tambah garam atau ajinomoto. Aku guna Aji Shio flavoured pepper.

5. Rupa murtabak Maggi (my style) bila dah masak adalah sepeti sebiji telur dadar. Bulat besar lepas tu potongkan ia, dapatlah 8 slices. Warna-warni dan meriah dengan sayur. Baru best nak makan. LOL :D


Boleh dimakan begitu saja. Nyamnyam

Ya Allah, sedapnyaaa ;)


Maklumat Tambahan :
Bahan-bahan (refer diatas sana) untuk resipi murtabak mee segera Maggi ini adalah untuk 2 butir murtabak. Boleh cuba sebungkus dulu bagi yang nak cuba. Aksesori yang lain boleh olah mengikut kreativiti masing-masing. Pepandailah kat situ. Berbaloi-baloi sebab sepotong kecil pun kenyang weh. Tebal pulak tu, memang puas hati bila makan. Serious wa tak tipu lu. Tak percaya, cubalah ;)






Wednesday, October 29, 2014

KETUPAT SOTONG



Bercakap tentang ketupat sotong ataupun nama lainnya sotong sumbat, terus teringat cerita lama masa mula-mula tahu akan kewujudan ketupat sotong. Hoiii ! Minda asyiklah dok fikir macam manalah rupa ketupat sotong ? Adakah sama macam ketupat daun palas ? Syukurlah tak dibawa kedalam mimpi *buruk perangai* Laju-laju google and find out. Seriously, masa tu nak sangat rasa sebab tak pernah makan pun lagi. Okay, jakun sekejap disitu. LOL :D


First time ever makan ketupat sotong dekat Kampung Baru. Ya Allah, sedapnyaaa ! Then i realize one thing, I have to learn macam mana nak buat ketupat sotong. Wow ! Senang banyak bila dah tahu resipi, lepas ni boleh masakkan untuk whole family biar sama-sama bahagiakan anak tekak. hehe


Bahan Yang Diperlukan :
  • Beras pulut
  • Sotong
  • Santan
  • Daun Pandan
  • Gula Melaka/Gula Gerek
  • Lidi Pencungkil Gigi
  • Garam secukup rasa *optional*




Cara-Cara Membuat :

1. Bersihkan beras pulut molek-molek lepas tu rendamkan (ini pun boleh) dalam santan kelapa. Ketepikan buat sementara waktu.

2. Cuci sotong sebersih-bersihnya. Korek segala isi perut dan buangkan kulit sotong (jika perlu) yang warna ungu berbintik-bintik tu. Sila asingkan kepala sotong dan badannya.

3. Ambil beras pulut yang direndam tadi dan sumbatkan beras pulut sedikit demi sedikit ke dalam perut sotong. Sila simpan santan rendaman beras pulut sebab akan digunakan untuk proses merebus sotong. Kemudian satukan kepala sotong dengan mencucuk lidi pencungkil gigi berbentuk "X". Langkah ini perlu sebab tak nak beras pulut terkeluar daripada perut sotong. Ulang langkah yang sama hingga kehabisan sotong. 

4. Masukkan santan rendaman beras pulut ke dalam periuk, masukkan juga daun pandan dan sotong-sotong yang telah siap disumbat beras pulut. Gula melaka juga turut serta dimasukkan. Santan tu tak payah banyak sangat, nanti kuah cair, tak sedap ! Kemudian rebuskan hingga mendidih dan kuahnya menjadi likat dan pekat.

5. Kalau nak efek masin-masin lemak, sila tambahkan garam secukup rasa. Yang ni optional. Ikut selera anak tekak memasing okay :)


My first time try masak ketupat sotong. Amacam, okay tak ?


Rasanya sedap and i'm lovin it. Untuk pertama kalinya, kira lulus lah yer ? Next time boleh buat lagi. Eh, jangan tanya sukatan untuk setiap bahan tu, sebab tiada sukatan khas. Lagipun saiz sotong kita mungkin berbeza-beza. Kesimpulannya, sukatan adalah agak-agak sahaja. Faham ? Dah, pergi beli sotong sekarang. Selamat mencuba bagi yang nak cuba :)







Tuesday, October 28, 2014

POPIA GORENG RANGUP & ENAK



Memandangkan sekarang tengah rajin, jangan dipersia mood rajin yang tengah aktif itu. Selalu beli popia mesti tak pernah puas hati sebab inti hanya sebatang taugeh dan sedikit ramuan yang lain. Serious tak puas hati weh. *hentak-hentak kaki* Dan disebabkan nak tunjuk tanda protes punya pasal, aku buat popia sendiri weh. Sedap tak sedap belakang kira (mesti sedap), yang penting puas hati bila makan. Setuju ? Terimalah resipi popia goreng mudah, rangup dan enak daripada daku :D


Apa Yang Diperlukan :
  • Sepaket kulit popia (biasa guna Spring Home tapi habislah pulak)
  • Sebiji sengkuang diparut
  • 2 biji carrot diparut
  • 2 biji bawang merah dihiris/dirincik halus
  • Sedikit udang kecil (ikut suka hati nak letak banyak mana)
  • Garam secukup rasa



Cara-Cara Membuatnya :

1. Tumis bawang merah bersama-sama dengan udang dan masak hingga kekuningan. Lepas tu masukkan carrot dan masak sekejap. Kemudian masukkan sengkuang yang telah diparut dan tambahkan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati. Anggaran masa aku masak inti popia lebih kurang 8 - 10 minit. Sekejap pun dah memadai.


2. Inti popia dah siap so, kita proceed ke step yang seterusnya. Nama pun popia goreng, for sure mesti ada kulit popia. Untuk kulit popia macam-macam jenis brand ada, kau decide lah sendiri nak guna brand apa. Sebelum nak balut/bungkus popia, make sure siap sedia dengan gam untuk lekatkan kulit popia supaya tak terburai intinya. Bahan untuk buat gam kulit popia ialah, sedikit tepung gandum dan sedikit air. Gaul hingga sebati, jangan cair sangat okay nanti tak melekat pulak.


3. Ambil sekeping (ke sehelai) kulit popia lepas tu masukkan intinya bebanyak biar gemok (jangan kedekut) kemudian balut sekemas yang boleh. Abaikan cara balutan popia-popia aku tu. Sesungguhnya daku bukanlah berjari seni, ini saja yang kumampu. Asal bolehhh ! Iyer dok ? LOL. Bila dah siap balut, goreng didalam minyak yang betul-betul panas. Tak payah lelama pun, dah nampak kuning keperang-perangan tu, kau boleh angkat dah toskan. Faham ???


Gigih bersalad bagai. hikhik :D


Yeayyy, dah siap dah popia goreng. Dapatlah 28 biji untuk ditelan. Jumlah popia yang kau dapat tu bergantung kepada banyak mana inti popia yang kau hasilkan. Popia goreng boleh dimakan bergitu saja atau nak kan ke-best-annya boleh cicah sos cili dan moyonis. Hidangkan sekali bersama-sama teh o panas lagi bertambah asyik. Wallaaa ~ 


Maklumat Tambahan :
Inti popia tu kalau nak sedap lagi, boleh tambah daun sup. Masa aku buat popia ni, kebetulan daun sup dah habis, biasanya aku letak daun sup. Wangi dan sedap. Cubalah ;)






Monday, October 27, 2014

JERUK EPAL HIJAU ASAM BOI



Disebabkan susah yang teramat sangat untuk mendapatkan sebiji mangga muda hijau dan kempunan jeruk mangga asam boi serupa tahap orang mengandung mengidam, gigihnya aku mencari alternatif lain semata-mata nak menjeruk punya pasal. Ini semua penangan jeruk mangga asam boi, sampaikan aku pun kena tempias sekali. Paling sadis sebab tak dapat mencari mangga. Haihhh, bertabahlah Miza oiii. Epal hijau pun epal hijaulah. Haa, senang banyak kerja aku. Lagi senang guna epal hijau sebab epal hijau tak pernah pulak tak ada kan. HAHA


Bahan yang diperlukan ;
  • Epal Hijau
  • Asam Boi
  • Cili Padi dipotong
  • Gula secukup rasa
  • Garam *optional*



Cara-Cara Membuat ;

1. Bersihkan epal hijau daripada sebarang kekotoran. Lepas tu potong mengikut ketebalan yang disukai. Aku potong tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Kulit buah epal tu optional sama ada nak buang ke tak. Cuci dan toskan airnya.

2. Seterusnya, potong cili padi. Sebabkan aku rajin sikit, aku buangkan sekali biji cili padi tu. Kalau kau spesis suka makan pedas, lebihkanlah cili padi tu. Lagi pedas lagi "kick" ye dak ???

3. Kemudian, masukkan kesemua bahan (cili padi, asam boi dan gula) ke dalam potongan epal hijau tadi. Gaul kesemua bahan tadi hingga sebati. Garam tu pulak ikut suka hati kau lah nak letak ke tak. Aku tak letak pun.

4. Akhir sekali, perap dan masukkan dalam peti ais. Biarkan sejuk selama beberapa jam yang kau nak. Kalau jenis tak menyabar tu, tak payah sejukkan pun dah ngap 4 5 kali. Okay siap.


Tempting tak ??? Ya Allah, sedapnya ! Masam-masam manis pedas :D


Resipi jeruk epal asam boi aku ni takda sukatan khas okay. Aku main bedal dan sukatan adalah ikut suka hati aku. Aku alter sampai sedap dan kena dengan anak tekak aku. Sila aplikasikan konsep try and error. Selamat mencuba. Serious sedap dan lagi terangkat bila makan sejuk-sejuk. Perghhh ! *menjejes air liur* Okay, bubye !






Sunday, October 26, 2014

ROTI GULUNG SOSEJ



Selalu sangat makan roti Gardenia cicah dengan air milo panas, kali ni terajin sikit nak try something new. New pun tak new sangatlah. Asal boleh dan nampak sedap, haruslah dicuba. Anak tekak punya pasal, aku takda hal. Bab makan memang kena gigih. Hehe 


Dah laa, malaslah nak merapu pepanjang, meh laa study (beria guna perkataan study supaya tampak bersungguh-sungguh) cemana nak buat roti sosej gulung ni. Aih, simple sangat ni. Rugi sapa tak nak try. LOL :D


Apa yang diperlukan :
  • Roti Gardenia atau apa saja brand yang disukai.
  • Sosej ayam Ayamas, brand lain pun boleh.
  • 2 biji telur. Sebijik telur ambil putihnya sahaja dan sebijik lagi dipukul sedikit kembang.
  • Serbuk roti aka breadcumbs. Ada warna putih, oren dan kuning campuran oren. 
  • Minyak untuk menggoreng.



Cara-Cara Membuat ;

1. Mula-mula celur/rebus sosej dalam air yang mendidih. Tak payah lelama sangat, kejap pun dah memadai. Toskan dan biarkan hingga sejuk.

2. Sementara tunggu sosej sejuk, lenyek roti hingga nipis senipisnya. Kalau takda rolling pin, kau carilah alternatif lain asalkan kau boleh lenyek roti tu. Nak buang kulit tepi roti pun boleh, tak nak pun takpa. Aku tak buang pun. Ikut citarasa masing-masing lah kan.

3. Sebelum goreng, celupkan roti gulung kedalam telur yang dipukul lepas tu, salutkan/gelek dalam taburan serbuk roti (breadcumbs). Biarkan gulungan roti tersebut dipenuhi dengan serbuk roti, baru comel.

4. Goreng didalam minyak yang betul-betul panas dengan menggunakan api yang sederhana. Tak perlu lelama sangat, nampak kuning keemasan tu dah boleh angkat. Masa tengah menggoreng sila fokus sebab apa, roti gulung sosej ni terlampau manja nak kan sepenuh perhatian. Jangan leka, nanti hangit hitam legam takda sapa pun nak makan. HAHA


Ginilah rupa roti gulung sosej yang senang sangat nak buat :D


Sedap dimakan begitu saja atauapun dicicah bersama mayonaise dan sos cili ;)


5. Memandangkan aku hanya guna sepaket sosej dapatlah 10 ketul roti sosej gulung. Gemok-gemok pulak tu. Hehe. Dah siap, boleh potong/kerat dua lepas tu, hidangkan bersama-sama sos cili dan mayonis. Wallaaa ~ Makan seketul pun dah kenyang perut suka hati weh. LOL :D






Saturday, October 25, 2014

1 MUHARRAM 1436H



Assalamualaikum and Hello bloggers :)


Welcome back Miza Yusof's Blog.
I am not invisible and I am still alive.
And ...... I really want to start all over again.
This is my ____ (not sure) brand new blog.
InsyaAllah, coming up my new post and my new life.


Till then, bubye ♥






 
Copyright Miza Yusof - All rights reserved.