Monday, November 3, 2014

CHEESEKUT ALMOND FLAKES



Resipi Cheesekut Almond Flakes. Nama kemain meletop. HAHA. Asalnya cheesecake tapi sebab guna biskut, maka terciptalah namanya cheesekut. Sebab favorite aku, cheesecake, ini adalah antara esipi cheesekut paling senang nak buat sebab tak perlukan oven dan tak payah bakar. Yang penting, mesti ada peti ais. Dan resipi cheesekut nih aku dah derhakakan sikit lepas tu, alter ikut selera aku. hehe


Bahan yang diperlukan :

  • Biskut cream crackers (bergantung pada selera memasing)
  • Cream cheese (any brand, say guna Tatura)
  • Susu pekat manis
  • Susu segar
  • Almond flakes
  • Mixed color strands



Cara-Cara Membuat :

1. Pukul creamcheese menggunakan kayu besbol mixer hingga kembang. Kalau takde mixer, guna blender pun boleh. Jangan guna blender yang kau blend bawang cili segala nanti takde sape nak makan cheesekut kau sebab pedas.

2. Kemudian, masukkan 3 atau 4 sudu besar susu segar (sikit sahaja) serta susu pekat sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga sebati dan nampak creamy yummy. Lupa pulak nak bagitau, kalau suka manis, boleh tuang satu tin terus. Hujung bulan kena potong kaki, jangan salahkan aku. Padan muka kenapa suka sangat makan manis. 

3. Lepas tu, celupkan (bukan rendam) sekeping biskut cream crackers ke dalam lebihan susu segar dan susun cecantik dalam bekas. Tuangkan adunan cream cheese diatas susunan kepingan biskut cream crakcers dan ratakan. Taburkan almond flakes dan ulang kembali step menyusun biskut cream crackers sampailah habis kau punya adunan creamcheese tu. 

4. Lapisan paling atas sekali adalah adunan cream cheese bukan biskut cream cracker okay. Lapisan cream cheeseeee *ulang suara* Taburkan almond flakes, kuaci, badam cincang dan mixer color strands. Lagi banyak lagi heaven. Cadangan lain, bolehlah taburkan nestum, serbuk milo, oreo dan sebagainya. Pepandailah disitu ek.

5. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan. Anggaran masa lebih kurang semalaman. Better buat cheesekut waktu malam, bangun pepapgi dah boleh makan :)


Yay or nay ? *kenyit-kenyit mata*


 Mempersembahkan ... my cheesekut belemoih cheese leleh ;D


Maafkan daku bila potongan cheesekut kurang berseni dan presenting agak fail disitu. Tapi takpe, yang penting rasanya sedap dan lemak berkrim. Lepas ni boleh buat lagi sebab tak guna banyak bahan pun dan yang penting senang nak cari. Sapa rasa boring asyik makan biskut cream crackers cicah air milo panas, patut cuba resipi cheesekut almond flakes aku nih. Selamat mencuba bagi yang nak cuba ;)


3 comments:

  1. sedapnyeeeee..baru tingat adik kite duk request chiskut nie dh lama dh..xbuat2 lagik..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dan komen ◕‿◕





 
Copyright Miza Yusof - All rights reserved.