Monday, October 27, 2014

JERUK EPAL HIJAU ASAM BOI



Disebabkan susah yang teramat sangat untuk mendapatkan sebiji mangga muda hijau dan kempunan jeruk mangga asam boi serupa tahap orang mengandung mengidam, gigihnya aku mencari alternatif lain semata-mata nak menjeruk punya pasal. Ini semua penangan jeruk mangga asam boi, sampaikan aku pun kena tempias sekali. Paling sadis sebab tak dapat mencari mangga. Haihhh, bertabahlah Miza oiii. Epal hijau pun epal hijaulah. Haa, senang banyak kerja aku. Lagi senang guna epal hijau sebab epal hijau tak pernah pulak tak ada kan. HAHA


Bahan yang diperlukan ;
  • Epal Hijau
  • Asam Boi
  • Cili Padi dipotong
  • Gula secukup rasa
  • Garam *optional*



Cara-Cara Membuat ;

1. Bersihkan epal hijau daripada sebarang kekotoran. Lepas tu potong mengikut ketebalan yang disukai. Aku potong tak terlalu nipis dan tak terlalu tebal. Kulit buah epal tu optional sama ada nak buang ke tak. Cuci dan toskan airnya.

2. Seterusnya, potong cili padi. Sebabkan aku rajin sikit, aku buangkan sekali biji cili padi tu. Kalau kau spesis suka makan pedas, lebihkanlah cili padi tu. Lagi pedas lagi "kick" ye dak ???

3. Kemudian, masukkan kesemua bahan (cili padi, asam boi dan gula) ke dalam potongan epal hijau tadi. Gaul kesemua bahan tadi hingga sebati. Garam tu pulak ikut suka hati kau lah nak letak ke tak. Aku tak letak pun.

4. Akhir sekali, perap dan masukkan dalam peti ais. Biarkan sejuk selama beberapa jam yang kau nak. Kalau jenis tak menyabar tu, tak payah sejukkan pun dah ngap 4 5 kali. Okay siap.


Tempting tak ??? Ya Allah, sedapnya ! Masam-masam manis pedas :D


Resipi jeruk epal asam boi aku ni takda sukatan khas okay. Aku main bedal dan sukatan adalah ikut suka hati aku. Aku alter sampai sedap dan kena dengan anak tekak aku. Sila aplikasikan konsep try and error. Selamat mencuba. Serious sedap dan lagi terangkat bila makan sejuk-sejuk. Perghhh ! *menjejes air liur* Okay, bubye !


6 comments:

Terima kasih sudi baca dan komen ◕‿◕





 
Copyright Miza Yusof - All rights reserved.