Saturday, November 1, 2014

KUIH BUAH MELAKA



Beberapa tahun terdahulu (eh, lamanya), arwah tok memang rajin buat kuih buah melaka. Memandangkan aku dibesarkan oleh arwah tok, wajiblah menyibuk di ceruk dapur tengok tok memasak, walaupun masa tu aku baru 7 tahun hanya pandai makan tapi takpe sekurang-kurang aku tengok macam mana cara untuk buat kuih buah melaka.


Daripada kecik lagi memang aku suka sangat makan buah melaka. Memang wajib (guna perkataan ini untuk menunjukkan bertapa seriousnya aku) sangatlah tahu benda apa yang patut guna untuk buah kuih buah melaka atau nama lainnya, Onde-Onde. Rugilah kalau dipersiakan apa yang telah diamati (lagi sekali untuk nampak lebih serious) sewaktu kecil. LOL :D


Okay, dah. Meh laa kita belajar cemana nak buat kuih buah melaka ni ...


Bahan Yang Diperlukan :
  • Tepung pulut ikut citarasa memasing nak guna brand apa pun asalkan namanya "tepung pulut". Faham ???
  • Gula gerek/melaka dipotong dadu. Tak terlampau kecik dan tak jugak terlampau besar. Aku guna seketul pun dah cukup.
  • DIY jus pandan. Nak guna pewarna pun boleh tapi aku lagi suka guna jus pandan sebab wangiii sangat dan tampak original warnanya. 
  • Kelapa parut untuk final touch up. Jangan lupa masukkan sedikit garam ke dalam isi kandungan kelapa parut itu. 



Cara-Cara Membuat :

1. Masukkan 2 cawan (atau lebih) tepung pulut dan jus pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan dan uli hingga sebati seperti doh. Bentukkan bulat-bulat macam bebola ikan lepas tu masukkan ketulan dadu gula gerek/melaka kedalamnya. Bulatkan kembali dan ulang perkara yang sama hingga kau punya adunan tue habis.

2. Didihkan air didalam periuk lepas tue masukkan bebola kuih melaka yang dibulatkan tadi ke dalamnya. Cemana nak tau ketulan kuih buah melaka dah masak ? Kau tunggu dia timbul tue maknanya dah masak letew. Angkat dan toskan air rebusan tersebut.

3. Step terakhir, gaulkan bebola kuih melaka dengan taburan kelapa parut. Gaul dan gaul lagi. Biar kelapa parut memenuhi keliling bebola kuih melaka.


Nikmatnyaaa. Nyamnyam :)


4. Okay, siap. Dah boleh makan. Bila tengok kuih buah melaka bergelimpangan macam ni, terus teringat arwah tok :'( sobsobsob ... Nikmati setiap cairan gula gerek/melaka didalam mulut sebelum tertelan ke halkum. Sangat senang untuk buat bendalah ni dan yang penting tak guna banyak bahan pun. Dah laa, nak sambung telan buah melaka. Selamat mencuba :)


Maklumat Tambahan :
Tiada had sukatan yang terperinci. Sendirian berhad punya sukatan. Aplikasikan hipotesis yang telah dipelajari "semakin bertambah sukatan doh kuih buah melaka, semakin bertambah jumlah kuih buah n,melaka yang diperolehi" Sekian ;)


4 comments:

  1. Salam miza..apa khabar? lama kak intan x singgah sini..sedap..cepat ..dan mudah nak buat buah melaka n

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alhamdulillah, Miza sihat. Aah, sangat mudah :)

      Delete
  2. luqman suka nih..tp time2 biasa macam nih susah nak dpt time bulan puasa mesti ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa, meriah laa dengan kuih buah melaka :)

      Delete

Terima kasih sudi baca dan komen ◕‿◕





 
Copyright Miza Yusof - All rights reserved.