Wednesday, October 29, 2014

KETUPAT SOTONG



Bercakap tentang ketupat sotong ataupun nama lainnya sotong sumbat, terus teringat cerita lama masa mula-mula tahu akan kewujudan ketupat sotong. Hoiii ! Minda asyiklah dok fikir macam manalah rupa ketupat sotong ? Adakah sama macam ketupat daun palas ? Syukurlah tak dibawa kedalam mimpi *buruk perangai* Laju-laju google and find out. Seriously, masa tu nak sangat rasa sebab tak pernah makan pun lagi. Okay, jakun sekejap disitu. LOL :D


First time ever makan ketupat sotong dekat Kampung Baru. Ya Allah, sedapnyaaa ! Then i realize one thing, I have to learn macam mana nak buat ketupat sotong. Wow ! Senang banyak bila dah tahu resipi, lepas ni boleh masakkan untuk whole family biar sama-sama bahagiakan anak tekak. hehe


Bahan Yang Diperlukan :
  • Beras pulut
  • Sotong
  • Santan
  • Daun Pandan
  • Gula Melaka/Gula Gerek
  • Lidi Pencungkil Gigi
  • Garam secukup rasa *optional*




Cara-Cara Membuat :

1. Bersihkan beras pulut molek-molek lepas tu rendamkan (ini pun boleh) dalam santan kelapa. Ketepikan buat sementara waktu.

2. Cuci sotong sebersih-bersihnya. Korek segala isi perut dan buangkan kulit sotong (jika perlu) yang warna ungu berbintik-bintik tu. Sila asingkan kepala sotong dan badannya.

3. Ambil beras pulut yang direndam tadi dan sumbatkan beras pulut sedikit demi sedikit ke dalam perut sotong. Sila simpan santan rendaman beras pulut sebab akan digunakan untuk proses merebus sotong. Kemudian satukan kepala sotong dengan mencucuk lidi pencungkil gigi berbentuk "X". Langkah ini perlu sebab tak nak beras pulut terkeluar daripada perut sotong. Ulang langkah yang sama hingga kehabisan sotong. 

4. Masukkan santan rendaman beras pulut ke dalam periuk, masukkan juga daun pandan dan sotong-sotong yang telah siap disumbat beras pulut. Gula melaka juga turut serta dimasukkan. Santan tu tak payah banyak sangat, nanti kuah cair, tak sedap ! Kemudian rebuskan hingga mendidih dan kuahnya menjadi likat dan pekat.

5. Kalau nak efek masin-masin lemak, sila tambahkan garam secukup rasa. Yang ni optional. Ikut selera anak tekak memasing okay :)


My first time try masak ketupat sotong. Amacam, okay tak ?


Rasanya sedap and i'm lovin it. Untuk pertama kalinya, kira lulus lah yer ? Next time boleh buat lagi. Eh, jangan tanya sukatan untuk setiap bahan tu, sebab tiada sukatan khas. Lagipun saiz sotong kita mungkin berbeza-beza. Kesimpulannya, sukatan adalah agak-agak sahaja. Faham ? Dah, pergi beli sotong sekarang. Selamat mencuba bagi yang nak cuba :)



11 comments:

  1. Sedap nyer...mak sy wat tupat sotong kuah putih...februt ayah...dlu suka sgt2 tp skrg dh kurang sbb resdung..huhu..rajin nye wat sndri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kuah putih tu tak pernah rasa lagi. Mesti sedap :)

      Delete
  2. tak pernah makan ketupat sotong sbb bila tgk mcm pelik sotong makan manis2..hehe so tak taulah bila nak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa okay lah sebab first time makan terus suka. Kalau tak nak manis, boleh kurangkan gula melaka :)

      Delete
  3. Tingin nak cube sbb xpenah cube lg..tp tah la sbb sotong dan manis kan..takut jugak nak cube..tp nak cube..haishhh..masalah betul kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula macam pelik jugak, nasib baik tekak boleh terima :)

      Delete
  4. sedap ni wat makan petang-petang

    http://blogfiefi.blogspot.my/

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dan komen ◕‿◕





 
Copyright Miza Yusof - All rights reserved.